Thursday, March 3, 2011

REMEDIAL WORDS FOR HEART

REMEDIAL WORDS FOR HEART
﴿ وما بكم من نعمة فمن الله...﴾ النحل:53
Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu,maka dari Allah-lah datangnya.
« اتقوا فِراسة المؤمن فإنه ينظر بنور الله عز وجل »
Takutlah kamu pada firasat orang mukmin,sesungguhnya ia memandang dengan cahaya Allah Azza wa Jalla
« لو نزَل من السماء نارٌ لَمَا نجا منها إلا أهلُ المساجد »
Jika api turun dari langit,tidak ada yang selamat kecuali ahli masjid

 [ تفكُّر ساعةٍ خيرٌ من عبادةِ ليلةٍ ]
Tafakur sesaat lebih baik dari ibadah semalaman
﴿ فاذكروني أذكرْكم واشكروا لي ولا تكفرون
Maka ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat kepadamu,dan bersyukurlahkepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu

﴿ إنما يُوَفَّى الصابرون أجرَهم بغير حسابٍ ﴾الزمر :10
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas

 » الناسُ عِيالُ اللهِ عز وجل وأَحَبُّ الناسِ إلى الله أَنْفَعُهم لعياله »
Manusia itu keluarga Allah s.w.t dan orang-orang yang paling dicintai Allah adalah yang paling banyak member manfaat kepada keluarganya

« العيْشُ عِيْشُ الآخرة »
Kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan di akhirat

»  من جملةِ عقوباتِ الله تعالى لِعبْدِه طلبُ ما لَمْ يُقْسَمْ له »
Termasuk dari seksa Allah kepada hambaNya ialah ia meminta sesuatu yang bukan menjadi bahagiannya.

« من فُِتحَ له بابٌ من الخير فليَنْتَهِزْهُ فإنّه لا يدري متى يُغْلَقُ عنه »
Barangsiapa dibukakan baginya pintu kebaikan,maka cepat-cepatlah mendatanginya,sesungguhnya ia tidak tahu bila pintu itu akan ditutup baginya.

« بِشْرُ المؤْمن في وجهه وحزنُه في قلبه »
Kegembiran orang mukmin itu ada pada wajahnya dan kesedihannya di dalam hatinya

« لا راحةَ لمؤمن غيرُ لقاءِ ربه عز وجل »
Tiada istirehat bagi orang mukmin kecuali menjumpai tuhan Azza wa Jalla

« تَفَرَّغُوا من هموم الدنيا ما استطعتم »
Kosongkanlah dirimu dari cita-cita dunia semampumu

« إن الله لا يُعَذِّبُ حبيبَه ولكن قد يبْتلِيهِْ »
Sesungguhnya Allah tidak menyiksa kekasihnya,tetapi Dia terkadang mengujinya.

« إذا أَغْلَقَ العبدُ أبوابَه وأَرْخَى أستارَه واخْتَفَى من الخَلق وخَلاَ بمعاصي الله عز وجل يقول الله عز وجل: يا ابن آدم جَعَلْتَتَني أهون الناظرين إليك »
Ketika hamba menutup pintu-pintunya,menurunkan tirai-tirainya,lalu bersembunyi dari makhluk dan bersunyi-sunyi mendurhakai Allah Azza wa Jalla,maka Allah s.w.t berfirman: wahai anak adam,kamu menjadikanKu paling hina diantara yang memandangmu

« أنا والأتقياءُ من أمتي براءٌ من التَّهَفِّ »
Aku dan orang-orang yang bertaqwa dari umatku bebas dari berpura-pura

« الكِذْبُ مُجانِبُ الإيمان »
Dusta itu adalah perkara yang jauh dari iman

« البَرَكَةُ في أكابرِكُم »
Keberkatan itu ada pada orang-orang tua di antara kamu

« يقول الله عز وجل يومَ القيامة للأنبياء والعلماء : أنتم كنتم رُعاةَ الخَلق فما صنعْتم في رعاياكم؟ ويقول للملوك والأغنياء : أنتم خُزَّنَ كُنوزي هل وَاصَلْتم الفقراءَ ورَبَّيْتم الأيتامَ وأخرجتم منها حقِّيَ الذي كتّبْتُه عليكم.
Pada hari kiamat,Allah Azza wa Jalla berfirman kepada para nabi dan ulama, “ kamu adalah penjaga manusia,lalu apa yang kamu telah buat dalam penjagaanmu? Dia berfirman kepada para raja dan orang kaya: kamu adalah juru kunci pembendaharaanKu,apakah kamu telah menyumbang orang-orang fakir,menjaga anak-anak yatim,dan mengeluarkan kak-Ku dari yang aku wajibkan ke atas kamu?.

﴿ والذين جاهدوا فينا لنَهْدِيَنَّهم سبلنا ﴾العنكبوت:69
Orang-orang yang berjihad mencari keredhaan kami,benar-benar kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami.

» ما صام مَنْ ظلَّ يأكل لُحُومَ الناس »
Tidaklah berpuasa orang yang masih memakan daging manusia (mengumpat)

﴿ لا تدري لعل اللهَ يُحْدِثُ بعد ذلك أمراً الطلاق:1
Kamu tidak tahu barangkali Allah mengadakan sesudah itu suatu hal tang baru ( supaya tidak putus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah )
﴿ وفيها ما تَشْتَهيه الأنفس وتَلَذُّ الأعين الزخرف:71
Dan di dalam syurga itu terdapat segala sesuatu yang diingini oleh hatimu dan sedap dipandang mata.

﴿ هنالك الولايةُ لله الحقِ الكهف : 44
Di sana pertolongan itu hanya dari Allah yang haq

« ويلٌ للجاهل مرَّةً وللعالم سبعَ مراتٍ »
Celakalah bagi orang bodoh satu kali,dan celaka bagi orang yang berilmu tujuh kali

« الفقراء الصبرُ جُلساء الرحمن يومَ القيامة »
Orang –orang fakir yang bersabar itu adalah pendamping Ar-Rahman pada hari kiamat.

« أَحِبُّوا الله لِما يُغْذِيكم من نعَمه وأَحِبّوني بحب الله عز وجل لي »
Cintailah Allah kerana Dia telah memberimu makan dan kenikmatanNya,dan cintailah aku dengan cinta Allah kepadaku.

« إذا قَصَّرَ العبدُ في العمل ابتلاه الله عز وجل بالهمّ »
Jika seorang hamba terlambat dalam beramal,maka Allah akan memberikannya bencana berupa kesedihan

« من استوى يوماه فهو مغبون ومن كان أمسُه خيراً من يومه فهو محرومٌ »
Barangsiapa selama dua hari sama saja,maka ia tertipu,dan barangsiapa yang pada hari kelmarinnya lebih baik dari hari ini,maka ia terhalang  ( ia sial )

« إن هذه القلوب لتَصْدَأُ، وإن جِلاءَها قراءةُ القرآن وذكر الموت وحضور مجالس الذكر »
Sesungguhnya hati itu bias berkarat,dan penggosoknya adalah membaca Al-quran,mengingati mati,dan menghadiri majlis-majlis zikir.









No comments:

Post a Comment