Tuesday, March 8, 2011

TANGISAN RASULULLAH

TANGISAN RASULULLAH

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkan, kerana aku ini adalah orang Arab Badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab Badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

"Wahai orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada jeragannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran magfiratnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:

"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah rnengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "

Syarat menjadi pemimpin baik, terpuji

Syarat menjadi pemimpin baik, terpuji

RASULULLAH bersabda maksudnya: "Apabila tiga orang sedang bermusafir,
mereka hendaklah melantik salah seorang menjadi ketua.
" (Hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Said dan Abu Hurairah).

Hadis itu membuktikan perlunya ada pemimpin untuk mengendalikan keluarga,
syarikat, persatuan, masyarakat dan negara. Pemimpin wajib ditaati tetapi
dalam Islam, taat setia itu bersyarat.

Pemimpin mempunyai tanggungjawab mengawal, mengurus dan mentadbir individu
dalam jagaannya, sambil menjadikan diri sebagai teladan.

Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud: "Tiap-tiap seorang daripada kamu
adalah pemimpin. Setiap kamu bertanggungjawab terhadap mereka yang terletak di bawah pimpinan kamu."

Saidina Abu Bakar dalam ucapan dasar ketika dilantik menjadi khalifah Islam
pertama berkata: "Taatilah aku selama aku mentaati Allah dan rasul-Nya.
Apabila aku menderhakai Allah dan rasul-Nya, maka tidaklah wajar bagi kamu mentaati aku."

Apa yang lebih utama pada diri seorang pemimpin ialah akhlak yang baik seperti
cara berkomunikasi dengan orang bawahan. Islam meragui pemimpin yang tidak mempunyai pekerti terpuji.

Menurut Islam, untuk menjadi pemimpin yang baik, seseorang itu harus mematuhi beberapa syarat.

•  Memelihara hubungan baik dengan Allah sesuai dengan firman yang bermaksud:
"Dan ingatlah Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkanuntuk beribadah kepada-Ku.
" (Surah al-Zariyat, ayat 56).

•  Memelihara hubungan baik sesama manusia sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (agama Islam) dan janganlah
kamu bercerai berai." (Surah Ali Imran, ayat 103)

•  Harus mempunyai sifat terpuji dalam diri, seperti berilmu, bermoral, adil, berani,
tegas tetapi bertimbang rasa, berfikiran rendah diri, bijaksana, pemurah dan pemaaf.

•  Memelihara hubungan baik dengan alam sekitar, binatang dan tumbuhan sesuai dengan
hadis Rasulullah yang bermaksud: "Kasihanilah setiap makhluk bumi semoga kamu dikasihi mereka di langit."

Setiap pemimpin bertanggungjawab menentukan komunikasinya dengan anggota bawahan sentiasa terkawal dan tidak menyimpang dengan suasana yang menyulitkan keadaan.

PERINGATAN BUAT MUSLIMAH.....

.Assalamualaikum wrm wbt

Diharap agar dapatlah kita sebar-sebarkan risalah ini kepada rakan-rakan
muslimah atau adik-adik perempuan kita..insyaAllah punya manfaatnya….

Peringatan Buat Saudariku......

Saudariku.....Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai
taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik
perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun......
tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang
lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar ,
dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan
warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap
sang kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa
membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk
mendekatinya......

Saudariku.....Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi
setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang
bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa
ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada
lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ......umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan
setiap insan yang bernama Adam......

Namun ............. ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah
yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang
bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...

Namun ingatlah saudariku....sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang Penting gadisku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah..........

Saudariku.....Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada
kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu...Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum
lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....

Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah
berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...

Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah
yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan
mu.....

Saudariku... Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan
menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...

Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"
cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan
perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta
itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT...
Sebelum kau mendekati cinta , cintailah dirimu terlebih dahulu , mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..

Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan
terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............

Saudariku... Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap
makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah
muslimahmu.....

Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak
dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu
Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiAan yang abadi
untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,
cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal ,
kecewa ,menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta
pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang
kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia
sendiri.
"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA......"

KENAPA?? KENAPA?? KENAPA??

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?


"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


Kata Forest Gump; “Life is like a box of chocolate, you’ll never know what you gonna get... “

Monday, March 7, 2011

Andaikata Lebih Panjang Lagi,......"

Andaikata Lebih Panjang Lagi,......"


Seperti yang telah biasa dilakukannya ketika salah satu sahabatnya meninggal dunia,Rasulullah mengantar jenazahnya sampai ke kuburan. Dan pada saat pulangnya disempatkannya singgah untuk menghibur dan menenangkan keluarga almarhum supaya tetap bersabar dan tawakal menerima musibah itu.

Kemudian Rasulullah berkata, "tidakkah almarhum mengucapkan wasiat sebelum wafatnya?"
Istrinya menjawab, "saya mendengar dia mengatakan sesuatu diantara dengkur nafasnya yang tersengal-sengal menjelang ajal",
"Apa yang dikatakannya?",
"saya tidak tahu, ya Rasulullah, apakah ucapannya itu sekedar rintihan sebelum mati, ataukah pekikan pedih karena dasyatnya sakaratul maut. Cuma, ucapannya memang sulit dipahami lantaran merupakan kalimat yang terpotong-potong." "Bagaimana bunyinya?"
desak Rosulullah. Istri yang setia itu menjawab,
"suami saya mengatakan "Andaikata lebih panjang lagi,....
andaikata yang masih baru,.... andaikata semuanya,...."
hanya itulah yang tertangkap sehingga kami bingung dibuatnya.
Apakah perkataan-perkataan itu igauan dalam keadaan tidak sadar, ataukah pesan-pesan yang tidak selesai?"

Rasulullah tersenyum."sungguh yang diucapkan suamimu itu tidak keliru,"ujarnya. Kisahnya begini. pada suatu hari ia sedang bergegas akan ke masjid untuk melaksanakan shalat jum'at. Ditengah jalan ia berjumpa dengan orang buta yang bertujuan sama. Si buta itu
tersaruk-saruk karena tidak ada yang menuntun. Maka suamimu yang membimbingnya hingga tiba di masjid. Tatkala hendak menghembuskan nafas penghabisan, ia menyaksikan pahala amal sholehnya itu, lalu iapun berkata "andaikan lebih panjang lagi". Maksudnya, andaikata
jalan ke masjid itu lebih panjang lagi, pasti pahalanya lebih besar pula.

Ucapan lainnya ya Rosulullah?"tanya sang istri mulai tertarik.
Nabi menjawab,"adapun ucapannya yang kedua dikatakannya tatkala, ia melihat hasil perbuatannya yang lain. Sebab pada hari berikutnya, waktu ia pergi ke masjid pagi-pagi,sedangkan cuaca dingin sekali, di tepi jalan ia melihat seorang lelaki tua yang tengah duduk menggigil, hampir mati kedinginan.Kebetulan suamimu membawa sebuah
mantel baru,selain yang dipakainya. Maka ia mencopot mantelnya yang lama,
diberikannya kepada lelaki tersebut. Dan mantelnya yang baru lalu dikenakannya. Menjelang saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga ia pun menyesal dan berkata,"Cuba andaikan yang masih yang kuberikan kepadanya dan bukan mantelku yang lama, pasti pahalaku jauh lebih besar lagi".Itulah yang dikatakan suamimu selengkapnya.

Kemudian, ucapannya yang ketiga, apa maksudnya, ya Rasulullah?"
tanya sang istri makin ingin tahu. Dengan sabar Nabi menjelaskan, "ingatkah kamu pada suatu ketika suamimu datang dalam keadaan sangat lapar dan meminta disediakan makanan?
Engkau menghidangkan sepotong roti yang telah dicampur dengan daging.
Namun, tatkala hendak dimakannya, tiba-tiba seorang musafir mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu lantas membagi rotinya menjadi dua potong, yang sebelah diberikan
kepada musafir itu.Dengan demikian, pada waktu suamimu akan nazak, ia menyaksikan betapa besarnya pahala dari amalannya itu.
Karenanya, ia pun menyesal dan berkata ' kalau aku tahu begini hasilnya, musyafir itu tidak hanya kuberi separuh. Sebab andaikata semuanya kuberikan kepadanya, sudah pasti ganjaranku akan berlipat ganda.Memang begitulah keadilan Tuhan. Pada hakekatnya, apabila
kita berbuat baik, sebetulnya kita juga yang beruntung, bukan orang lain. Lantaran segala tindak-tanduk kita tidak lepas dari penilaian Allah. Sama halnya jika kita berbuat buruk.
Akibatnya juga akan menimpa kita sendiri.Karena itu Allah mengingatkan:
"kalau kamu berbuat baik, sebetulnya kamu berbuat baik untuk dirimu. Dan jika kamu berbuat buruk, berarti kamu telah berbuat buruk atas dirimu pula." (surat Al Isra':7)

Dan Rosulullah SAW bersabda:
"sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada sesama manusia

Azan & Wasiat Rasulullah
 
Dilemma Azan.....setaraf dengan lagu kebangsaan? atau setakat penentu 
waktu sholat aje???? Tak lebih tak kurang? Anda sahaja yang tahu isi  
hati anda........... 
 
Lidah kelu di Saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan 
waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan 
orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya 
kelu,keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan 
sakaratul maut. 
 
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : "Hendaklah kamu mendiamkan 
diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut 
menghampirinya." 
 
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan 
berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita 
wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. 
 
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan 
diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa 
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. 
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka 
kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana 
sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut... Allah 
menjanjikan syurga untuknya. 
 
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan,...dan mohon kepada 
Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. 
 
"Ya ...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik 
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 
Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...... amin..amin.. amin Yarobbal 
a'lamien.." 
 

"10 AMALAN YANG TERBALIK"

"10 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh
Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut
dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah
sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1.  Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh
dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang
dianjurkan oleh Rasulullah
di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga
memasak makanan untuk
keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga
tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan
belanja
untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir
makan
kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim
yang
ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum
dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2.Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam
berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak
dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi
kalau ia
menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya
kalau
menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke
kenduri
kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi
makan
bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik,
kemas
dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid,
pakaian
lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu
perbuatan
yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa
segan
nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan
malu,
sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang
dihidang
supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,
sangat malas.
Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti
yang
dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan
setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa
adalah
yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan
puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri
pun.
Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir,
maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.
Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa.
Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi
kalau
anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu
hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru
tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi
kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar
pun
menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih
berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak
lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang,
mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak
mematuhi
peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak
ribut pun
tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki
Allah diminta
tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak,
bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan
yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias
untuk
orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga
kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada
menerima hakikat
sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita
menurut landasan
dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
Allah yang
mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.




.:: 4 lelaki yg ditarik wanita ke neraka


.:: 4 lelaki yg ditarik wanita ke neraka ::.


Seseorang wanita itu apabila di yaumul akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga

(sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.


p/s:kepada kaum wanita,kasihani lah keempat-empat mereka,jgn kerana kita mereka menanggung dosa dan kepada kaum lelaki..laksanakanlah tanggungjwb anda sebaiknya dan nasihatilah kaum wanita selagi boleh..ingat satu perkara,jika anda tidak mampu melakukan dgn perbuatan,buatlah secara lisan,dan kalau tdk mampu secara lisan..lakukan dgn hati..doa.