"10 AMALAN YANG TERBALIK"
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh
Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut
dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah
sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh
dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang
dianjurkan oleh Rasulullah
di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga
memasak makanan untuk
keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga
tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan
belanja
untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir
makan
kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim
yang
ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum
dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2.Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam
berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak
dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi
kalau ia
menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya
kalau
menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke
kenduri
kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi
makan
bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik,
kemas
dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid,
pakaian
lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu
perbuatan
yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa
segan
nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan
malu,
sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang
dihidang
supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,
sangat malas.
Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti
yang
dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan
setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa
adalah
yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan
puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri
pun.
Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir,
maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.
Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa.
Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi
kalau
anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu
hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru
tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi
kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar
pun
menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih
berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak
lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang,
mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak
mematuhi
peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak
ribut pun
tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki
Allah diminta
tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak,
bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan
yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias
untuk
orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga
kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada
menerima hakikat
sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita
menurut landasan
dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
Allah yang
mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

No comments:
Post a Comment