Saturday, March 5, 2011

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah



Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1.     Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2.     Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3.     Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4.     Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5.     Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6.     Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7.     Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8.     Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9.     Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa). 
10.  Kekalkan wuduk.
11.  Bersedekah.
12.  Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14.  Berkawan dengan ulama.
15.  Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16.  Pesan pada orang, jadi baik.
17.  Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat. 




bacalah.......
assalamu'alaikum warahmatullah. ..


us, maaf lambt send lg. biiznillah jua...mudah2 dapat
natijah yg  baik dr cerita benar ni. <"sepanjang
perjalanan hidup ini merupakan tarbiyah dr Allah  swt">


Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman
yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah
utk berjumpa Nabi SallaLahualaihiwasallam melalui
mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10
August, 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi
yg bermaksud kesayanganku, gelar Nabi pada puteri
kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih
nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu
hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan RasuluLlah SallaLahualaihiwasallam.
AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun
kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.


AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di
dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk
habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi
harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di
kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil
tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik,
SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran dan tasmi dgn ustaz di sebelah rumahnya di
sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan
Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.


Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa
punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa
seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian
belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit
d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah
sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau
muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau.
Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya
membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang
selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg.
Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu itu di jaga sebaik mungkin
untuk ibadah sepanjang hari.


Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca
Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada
gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan
makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu
sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau
dah banyak berubat di merata tempat, di negeri
kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan
ulama yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan
akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi
beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali
beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.


Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab
dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira
jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan
yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu dgn
memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau
berdiri. Habis berwudhu, beliau jatuh tersungkur, rasa
seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu
beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak
ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan
rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan
sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan
beliau niatkan, Ya Allah, kiranya mati itu baik
untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku
terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd
RasuluLlah SallaLlahualaihiwasallam sendiri.


Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik
mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di
sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message
pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb
beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn
nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi
kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira
jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu
qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring
dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam
seperti dalam solat di tempat asing yang sangat
cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.


Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang
bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali,
kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah,
indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau
tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali
kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn
hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh
kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu
saja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan
Assalamualaikum, Ana RasuluLlah. SubhanaLlah, baginda
Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban
Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau
nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda,
rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan
tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan Enti fil masjidi,
-sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid
Nabawi-. Allahuakbar.


Kemudian Baginda Nabi SallaLahualaihiwasallam berkata:
QalAllahutaala; InnaAllahamaassobirin, -Sesungguhnya
Allah bersama orang-orang yg sabar. Ketika mendengar
suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema
suara merdu Nabi di seluruh alam. SememangNya Baginda
sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh
kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp
kami terjemahkan) , Ya Syamimi, dengan berkat
kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini,
dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati
enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.
Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya Ya
Allah, Baginda kenal ummat Baginda. Ya RasuluLlah.. .
Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat
yg begitu besar buat dirinya.


Kemudian Nabi katakan, Sampaikan salamku buat
sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita
semua akan berjumpa nanti. Lepas tu Nabi kita
lafazkan, Ummati.., ummati.., ummati..., dan beliau
nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi
yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda
Nabi pergi. Beliau merintih, Jgn pergi Ya RasuluLlah,
tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak
pernah bersua dgn Nabi kita yg mulia, Baginda kenal
kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau
katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana
rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda
sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah,
waLlahualam...


Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya,
beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar
rintihan beliau dalam tidurnya Jgn pergi Ya
RasuluLlah.. .. kemudian beliau pun menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan
salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi
sallaLahualaihiwasallam. Semua menangis lantaran rindu
pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang
ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi
pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa
syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.


Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd
kalimah  AlhamduliLlah utk di rafakan pada Allah atas
nikmat  yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya.
Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg
hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di
uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih
tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat
Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit
masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad
tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.


Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau
tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan
sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru
tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam
menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri
utk tidak menangis. Apa sangatlah sakit yg aku
tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk
melihat Baginda Nabi SallaLlahualaihiwasallam.


Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada
d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang
beliau menerima gangguan. Beliau katakan Ya Allah,
apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah.... kemudian dgn izin
Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau.
Salah seorang daripadanya mengatakan, Assalamualaikum
Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahualaihiwasallam
sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW.
Nahnu khulafa ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar
Al-Khattab, Uthman bin affan dan Ali. SubhanaLlah,
Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga
sahabatnya yg mulia. Beliau nampak, Saidina Abu Bakr,
amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah
ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan
Saidina Ali yg agak kecil orangnya.


Para Sahabat mengatakan Kami di utuskan oleh baginda
Nabi utk membantu enti.. kemudian keempat-empat
sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah
yg bermaksud: Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh
syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman
itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg
kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa
yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu
Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan
sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan
sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir. Maka mereka menpelajari dari keduanya
(malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara
seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan
dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang
mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka.
Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli
(menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat
keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk
perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir,
sekiranya mereka tahu.


Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus
pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan
mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu
terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di
tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala
kesakitang yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn
sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, Inilah
ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.


Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr
tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik
pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah.
Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau
bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau
bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. Ya Allah,
penyakit ana dah sembuh. Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera
ke bilik air untuk berwudhu. Dengan tubuh yang baru,
beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuataala. Ya
Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun
belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas nimat
yang Engkau berikan.


Beliau katakan pada kami, Adik-adik, wajarlah para
sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi
mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat
Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup
berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di
bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah
Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan
tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka
hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang
sangat. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni
walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan ,
mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya
Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin
katakan; tak rugi kita bersabar...


Salam pakcik, kaifahal? Ana asif jiddan sbb lmbt send
cita ni. Bukan apa, ana tunggu beberapa org sahabat
edit. Bimbang ada yg ana tersalah faham sepanjang
bersama k.syamimi. Supposely ana bg k.mimi sendiri
baca blik, tp segan nk susahkan die. Lagipun ramai yg
bertimpa2 pergi tny pengalamn die. Sebenarnya bnyak g
kata-kata beliau x sempat ana nk sertakan kt cni. Ni
je yg mampu ana usahakan. Kiranya ada apa2 khilaf
berbanding drpd pengalaman sebenar beliau, ana mohon
ampun pada Allah Subhanahuataala. Mudah2an ada
manfaatnya pada kita semua, insyaAllah. Selamat
menyuburkan cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d
bumi anbiya'. Maassalamah.


Wassalamualaikum warahmatuLlah

No comments:

Post a Comment